apa yg ingin anda cari:

22 April, 2010


...... Lelaki amat benci terhadap wanita yang ego dan hipokrit.....


Janganlah anda berselindung di sebalik tabir kesilapan yang secara jelas membuat anda gagal atau sukar menemui jodoh..Bebaskan diri anda dari kepalsuan-kepalsuan yang anda sendiri cipta di dalam kehidupan anda..renungkanlah kata-kata ini...

.....Tugas Setelah Menjadi Isteri....


Lelaki di masa bujangnya hidup dalam kekurangan dalam beberapa bidang tertentu, kita pula sebagai isteri mesti prihatin tentang soal...

1. Segi Makanan....seorang suami apabila menyentuh soal makan, selalunya dalam keadaan tidak menentu..Jadi disini anda harus sedar, sebagai wanita kita perlu sempurna dalam bab memasak...tak boleh tidak atau pandang enteng...Jagalah makannya dari segi penyediaan dan hidangan makanan. Masaklah makanan yang menjadi kegemarannya, walau yang diminta ikan kering atau ikan masin sekalipun...Dan tak perlulah menunggu dia meminta, barulah kita nak suakan air kopi atau sebagainya...lihatlah perubahannya..dia pasti menyayangi anda...jika anda memang sudah amalkan cara ini...saya percaya anda pasti akan dikenang jika anda tiada lagi disisinya...

2. Segi keperluan seksual....Anda merupakan teman hidupnya yang sah untuk melakukan hubungan seksual. Menjadi tugas anda untuk memenuhi keperluan batinnya. Anda perlu memberi kasih sayang dan tahu memupuk kemesraan dengan suami anda. Harus memberi keyakinan padanya, jadilah teman sejati dan tiupkan semangat hidup yang penuh dengan kesejahteraan dalam mengharungi kehidupan bersama. Dan paling penting berilah penghargaan yang ikhlas agar dia sendiri merasa dihargai dan berharga dalam menjadi ketua keluarga anda..Tugas ini perlu ilmu..dan tuntutlah ilmu jika anda merasa kekurangan dalam diri anda...

.....Kebahagiaan dalam rumah tangga adalah persefahaman, berpendirian tetap dan ada moral yang baik....

19 April, 2010

......Sagu Delima........


Kuih yang paling mudah disediakan...tetamu nak datang...dalam beberapa jam.....
Bahan yang perlu...

1 cawan sagu biji
3 cawan air
1 cawan gula
1 sudu kecil pewarna merah
1 helai daun pandan (disimpulkan)
1/2 biji kelapa parut muda dan campurkan sedikit garam...jangan banyak yea..

Cara membuat ~ Sagu biji tadi direndam tapi jangan lupa bersihkan dulu...masakkan air, gula dan daun pandan hingga mendidih..kemudian buangkan daun pandan tadi dan masukkan sagu yang direndam dan toskan dulu yea...serta pewarna merah, kacau-kacau hingga sagu kembang.
Apabila sagu kembang..angkat dan masukkan dalam loyang dan sejukkan...apabila sejuk, potong dan gaulkan dengan kelapa parut tadi...mudahkan...tetamu nak datang tiadalah kosong jea...atau untuk minuman petang...

.......Hari Penting Dalam Islam....


~ Maulidur Rasul
~ Israk dan Mikraj
~ Awal Ramadhan Berpuasa
~
Nuzul Al-Quran

~ Hari Raya Puasa Aidil Fitri
~ Awal Zulhijjah
~
Hari Raya Korban Aidil Adha
~
Awal Muharram

- Maal Hijrah ..
Dan kedatangan Hari Kiamat...Bersediakah kamu.......Itu yang dijanjikan di dalam Al-Quran...........................
Get Gifs at CodemySpace.com

Lelaki @ Suami Tidak Suka.....





1. Wanita yang suka meminta-minta sesuatu yang sudah pasti dia tidak dapat melaksanakan...


2. Wanita yang berhias hanya untuk tontonan orang lain dan bukan berhias untuknya...dalam hatinya...hanya dia yang tahu...tak percaya?...emmm...


3. Wanita yang mengadakan hubungan cinta dengan lelaki lain...cela sungguh sifat anda, sekiranya sekarang anda ada melakukannya...taubat....taubat...bukan tau buat yea...adakah anda sebegini sekarang?...


4. Wanita yang meninggikan suara melebihi suaranya...ubahlah intonasi suara anda sekarang...cubalah bertutur dengan lembut...itu lebih baik.....


5. Wanita yang suka bergaul dengan masyarakat seperti suka sangat mengumpat, selalu bertandang ke rumah jiran atau suka menghina sesama manusia...


6. Wanita yang tiada mempunyai kesetiaan dan taat kepadanya...keluar rumah tanpa mendapat keizinannya..


7. Wanita yang tiada mengambil berat atau membimbing anak ketika ketiadaannya. Juga tidak mempunyai kesabaran di dalam membentuk atau menasihati anak-anaknya...


8. Wanita yang mudah mendatangkan pentengkaran apabila suami menegur atau menasihatinya. Apabila ada pentengkaran, gemar bertindak meninggalkan suami seperti pulang ke rumah ibu bapa tanpa kebenarannya.


9. Wanita yang suka menuntut cerai atau talak khuluk kepada suami kerana berlaku sedikit selisih faham pendapat atau cemburu atau sekiranya ada mengetahui suami ada melakukan perbuatan tidak baik di belakangnya..sekiranya anda dapat menangani dengan kesabaran yang tinggi dan bertenang dalam mencari jalan penyelesaian....andalah wanita yang menepati ke arah syurga...tempat yang baik ada untuk anda...


10. Wanita yang tiada pegangan agama...sekiranya anda seperti ini...kehidupan rumahtangga anda sentiasa di landa badai...fikirkan...banyakkan muhasabah diri...


Merah Putih Hitam

 Jika melihat hantaran ini...dan anda berminat, bolehlah menciptanya sendiri...atau sekiranya anda hanya inginkan segalanya siap dan tak perlu bersusah...bolehlah hantar pesanan kat e-mel saya...

 Tema Merah, Putih dan Hitam ini nampak eklusif....Anda perlu bijak mengadun warna...pasti cantik......jika tema yang anda ingin sesuaikan...anda tidak perlu melebihi 3 warna...









                 

   emasjota@yahoo.com






























16 April, 2010

.... Petua....Dapur...

  • Melembutkan Daging ~ Kalau dibelakang rumah ada pokok betik, ambil betik yang muda dan potong dua..masukkanle dlm periuk daging yang direbus tu...kalau da tak ada betik, ambil sebatang sudu besi masukkan je dlm rebusan daging...em..cubalah...kalau tak belilah daging batang pinang je..cepat je lembut bila direbus..
  • Tersedu ~ Ini bukan menangis tapi ia keluar melalui mulut selang beberapa saat akan berbunyi...kita tidak selesa apabila ia berlaku...ok ambil lada hitam 7 biji, bawang putih 5 ulas, bawang merah yang kecil yea, pun 5 ulas dan halia sebesar ibu jari..tumbuklah lumat-lumat dan ambil airnya buat minum....atau cuba anda ambil sebarang bacaan dan bacalah bacaan dengan kelancaran tanpa henti..dalam beberapa minit...cuba...

  • Terkena Air Panas ~ Cepat-cepatle sapukan putih telur...dan biarkan putih telur tu lekang sendiri...kalau tiada telur, ada ubat gigi atau marjerin sapukan cepat..pilih je salah satu bahan tadi..ada orang guna kicap...tapi takut hitam berbekas pulak..terpulang pada anda...
  • Asap Rokok ~ Bau asap rokok memang mengganggu kita..jika anda pening kepala memikirkan bagaimana nak hilangkan bau asap rokok dirumah...senang je..letakkan hampas serbuk kopi yang sudah dipakai tau...letak je dalam satu bekas yang sederhana besar atau letak didalam astray rokok...komfem wangi..
  • Mengasah Pisau ~ Semasa mengasah tu, mata hujung yang tajam jangan dihalakan ke badan kita.
  • Mulut Berbau ~ Bahannya ada didapur, ambil 10 ulas bunga cengkih dan 3 ulas bawang putih..nak buat apa dgn bahan ni?...emm...tumbuk lumat, hah gosok pada gigi dan berkumur..lakukan 3 hari sekali...tengok hasilnya...cubalah...jangan tak cuba..murah je...
  • Nafas Berbau ~ Ini pun menggunakan bahan yang kita buat masakan iaitu hampas kelapa..goreng dulu hampas tanpa minyak dan minum air suam putih. Amalkan 3 hari
    saja tapi buat pagi dan malam..jangan malas kalau anda ada masalah....ini salah satu cara tradisional yang dapat membantu...

15 April, 2010

Jangan



Jangan jadi macam ni......

Emm...geli agaknya...Danish dan Natasha...ingat lagi tak, mak long sekeluarga ada sama...seronokkan kat Bukit Tinggi ni....masih ada lagi ke rabbit-rabbit ni?....





Lagi hantaran...







jika berminat bolehle masukkan tempahan kat e-mail saya...







 




 
 
 



 

Gubahan Hantaran....















Kalau berminat...bolehle hubungi...ini gubahan yang ku buat untuk adikku...Shah kepada Aisha...




Roti Canai...Teh susu..

Emm....sarapan pagi, "roti canai satu...teh susu..ea mamak"... tu sarapan pagi...malam pulak..ngeteh-ngeteh, makan lagi ..simple je...roti canai lagilah...wuhh...mana taknya...gemukle...hah..kalau dah gemuk...mulale hilang mood, nak senam lagilah malas, habis kalau lutut dah sakit...itupun baru jalan slow-slow, kononnya nak senam le katakan...esok..tulat , minggu depan...tau-tau je...badan dah naik berkilo-kilo..nak salahkan siapa?...roti canai ke nafsu?

Idiom

  • No Rose Without A Thorn... ..Tidak ada mawar yang tak berduri...
  • Fear is Worse Than Fighting........Takut lebih bahaya daripada berperang.......
  • The Future Lies With The Young........Masa depan terletak pada kaum muda.......... 
    • Good Books are Valuable Than Fine Clothes.....Buku-buku yang baik lebih berharga daripada pakaian yang baik atau mahal......
    • A Good Name Is Better Than Riches.....Nama yang baik adalah lebih baik daripada kekayaan......
    • Death Keeps No Calendar.......Kematian tiada mengenal waktu......

Pujangga dan Ulama

"Anak-anak tidak belajar daripada apa yang ibu bapa cakap atau tuturkan, tapi mereka lebih banyak belajar daripada apa yang ibu bapa mereka lakukan." ~Pujangga~
" Jangan risau seandainya anak-anak tidak mendengar cakap kita, tetapi risaulah jika anak-anak memerhatikan tindak-tanduk dan amalan kita." ~Ulama~

Taat


Anakku.....
Bagaimana kasihnya ibu bapamu, sejak kecil hingga dewasa mereka sentiasa menjaga kesihatan, makan, minum dan pakaianmu. Bagaimana pula dengan pengorbanannya untuk menjaga anak-anak menjadi orang yang baik, berjaya dan mulia di dalam kehidupan ini...
Wahai anakku......
Jagalah kedua hati ibu bapamu dari menjadi marah dan terkilan kerana sikap ralatmu....Dan ingat.... Allah berserta dengan kemarahan kedua ibu bapamu sekira kamu mengecilkan hati mereka. Janganlah rugi di akhirat nanti..
Anakku...
Taatlah dan berbuat baik kepada suruhan mereka..Jangan menderhaka kepada mereka, melainkan mereka menyuruh kamu membuat maksiat dan kufur kepada Allah. Sekiranya kamu terasa dengan catatan ini, bertaubatlah kamu dan mintalah keampunan daripada mereka...Segeralah anakku...jangan terlambat...masa akan meninggalkan segalanya...

Keindahan Allah yang mempunyai....




Penerokaan keindahan alam tidak akan berhenti..segala ciptaanNya ada dimana-mana...sebagai manusia yang kadang tidak terjangkau untuk menghayati , cukuplah dengan rasa syukur kerana helaan nafas kita masih diberi untuk kesempatan yang hanya sedikit mungkin...syukurlah...syukurlah.....aku tetap bersyukur padaMu ..Allahumma...

ZIKIR HARI


  • JUMAAT - ' Allahhumma' ~ Ketenangan hati akan terpancar...zikirlah...

    • SABTU - 'Lailahhaillallah' ~ Allah hampir dan memberi segala kebaikan kepada kita....



    • AHAD - 'Ya Hayyun Ya Qayyum' ~ Dicintai dan dikasihi sesama umat juga akan mem perolehi harta yang berkat.......


    • ISNIN - ' La haulawala Quwwatailla billahilalliyyill 'azim' ~ Satu zikir Allah akan memberi pahala sebesar bukit Uhud dan sifat mazmumah akan dihitung dalam diri kita...


    • SELASA - ' Allahumma Solli 'ala abdika wa rassulika wa nabiyika amiina wa 'ala alihi wasohbihi wa sallim' ~ Satu zikir Allah akan ampunkan dosa kita untuk setahun...


    • RABU - ' Astaghfirullahhal 'azim' ~ Dengan satu zikir Allah akan menghilangkan titik hitam di dalam hati kita...



    • KHAMIS - 'Subhanallah hil 'azimi subhanallah hi wabihamdih' ~ Dosa kita sebanyak buih di lautan akan diampunkan dan Allah akan menghidupkan sepohon pokok untuk kita di Syurga...
      Bacalah zikir-zikir ini dengan istiqamah...dari termenung baik berzikir...........

14 April, 2010

Rahsia Warna

MERAH - berwibawa, sukar jatuh cinta..Banyak orang suka kat kamu, tapi kamu berfikir-fikir...jangan lambat-lambat nanti dikebas orang atau kamu yang melepas...


PUTIH - kalau ada suka putih,anda dilahirkan didunia ini dgn sempurna. Banyak orang suka atau kagum kerana sifat anggun, buah fikiran anda dan moral atau akhlak anda tinggi..senang menolong orang yang memerlukan bantuan..ramai orang sayangi anda...



KUNING - anda memiliki sifat optimis,tau optimis?..optimis tu orang yang selalu menaruh harapan baik terhadap sesuatu...kuning melambangkan seorang yang periang dan mudah mesra atau bergaul, kira tak memiliki penampilan muram. Tidak suka memperbodohkan orang..suka menolong sentiasa ada dlm diri anda...
HIJAU - jika ini warna kesukaan anda...anda sebenarnya seorang yang romantis..menyukai keindahan dan menyenangi alam dengan udara yang bersih dan nyaman. Jika bercinta anda menginginkan pasangan yang penuh tolenrasi atau senang dengan pendapat anda atau orang lain..

BIRU- Anda jenis orang yang berpegang pada prinsip..kamu tergolong sebagai pemurungle... dan selalu bersikap atau bertindak pasif dalam segala hal...Pasif?...pasif ialah tak giat atau tak menerima...buat dek je...tapi anda menginginkan ketenangan dan ketenteraman. Anda juga sulit dalam pergaulan, begitu juga cinta.. kamu suka menyembunyikan perasaan..

UNGU - jika warna violet menjadi kegemaran anda..anda adalah seseorang yang luar biasa..Dalam menghadapi masa depan anda tak gentar..anda anggap apa yang anda lakukan adalah yang terbaik. Anda jenis yang mengikuti perkembangan zaman...dalam hal bercinta...anda jenis yang sukar dipengaruhi melainkan pasangan yang kuat mental sahaja yang dapat mendekati anda...
Get Gifs at CodemySpace.comCoklat


Ia tanda banyak wang .Ia juga tanda pengasih ,dan mempunyai prospek masa depan .Jika mahu banyak wang ,ada yang menyarankan agar memakai warna coklat . Cuba lihat sekarang , banyak kafe-kafe atau rumah batu yang suka  akan warna coklat..begitu juga saya..



  

Lempeng Kelapa



  • Kalau nak terasa nak makan yang kira mudah je buatnya...pasti kenyang...tapi tak taulah kalau anda tak minat nak cuba...alah , atuk-atuk kita dulu rajin buat untuk cucunya. 1 cawan kelapa parut (buang kulit tau..nak yg putih)
    2 cawan tepung gandum jea..
    1 sudu kecil garam..jangan banyak nanti ??
    1 cawan air suam eah...
    Apalagi gaul le semua tu...kalau pekat tambah air sikit yea..kalau cair?? tambahle tpung atau kelapa sikit..Kuali jgn lupa panaskan dgn marjerin atau minyak yea...api sederhana tau...ok...sendukkan bancuhan tadi..sesenduk...masukkan dlm kuali bancuhan tadi..bulatkan dgn belakang senduk perlahan-lahan...kalau bulatnya cantik, cantikle perilaku yang membuat tu...emmmm...cuba yea...kalau yang belum kahwin atau anak remaja..cuba-cubalah buat makanan yang paling mudah ni...

Sayangi

Betapa gembiranya hati ini melihat anakku dan dua anak saudaraku sedang menikmati suatu memori yang tak mungkin mereka lupakan...seperti mana sedapnya ais krim tu...disitulah suatu kepuasan untuk mereka...kasihanilah, sayangilah dan belailah anak-anak kita...suatu ketika mereka akan mengingati apa yang kita beri padanya..

Renungan 1


TUJUH GOLONGAN ALLAH MELINDUNGINYA
  1. Imam atau pemimpin yang adil


2. Lelaki yang hidupnya beribadat kepada Allah.

3. Antara kita yang mengingati Allah ketika bersendirian lalu menitiskan air matanya...


4. Lelaki yang hatinya hanya tergantung pada masjid.


5. Suami isteri yang saling berkasih sayang kerana Allah semata-mata.


6. Lelaki yang digoda perempuan cantik, tetapi dia mengatakan "Aku takutkan Allah"


7. Orang yang bersedekah tanpa menguar-uarkan pada orang lain...menceritakan .

Flowers and Roses Comments and Graphics for MySpace, Tagged, Facebook


Have a Great Day Comments and Graphics for MySpace, Tagged, Facebook

Happy New Year Comments and Graphics for MySpace, Tagged, Facebook