apa yg ingin anda cari:

06 Mac, 2011

Nak tahu?...

I Need You Comments and Graphics for MySpace, Tagged, Facebook


Setiap saat anda harus mengingatinya dalam sebarang pekerjaan yang anda
lakukan.


Percayalah apabila anda mengingatinya, si dia juga pasti akan mengingati
anda


Sentiasa berkongsi rahsia dengannya. Si dia akan merasakan dirinya amat
penting dalam hidup anda kerana dalam semua hal, anda tidak pernah berahsia
dengannya.


Setiap kali si dia melakukan kesilapan jangan sesekali merendah-rendahkannya.
Tugas anda adalah memberi sokongan kepadanya agar bangkit memperbaiki kesilapan,
bukan membuatkan dia lebih rasa Jangan malu untuk beri mesej ataupun ucapkan
sendiri padanya anda rindukan dia terutama apabila si dia tidak ada di samping
anda walaupun sesaat.


Jangan terlampau berdandan sehingga membuatkan si dia bosan dengan anda.


Lelaki juga sukakan hadiah tetapi mereka tidak menunjukkannya, jadi apa kata
yang perempuan sekali sekala berilah si dia hadiah walaupun hari jadinya lambat
lagi


Begitu jugalah dengan lelaki yang sememangnya sudah sedia maklum perempuan
suka terima hadiah.


Berbunga-bunga hati bila anda beri hadiah kepadanya.


Janganlah rasa terlalu kecewa sekiranya si dia terlupa melakukan sesuatu yang
kecil untuk anda.  
 

05 Mac, 2011

Enchanted



Hayatilah keindahan yang mempesona ini...kita sebagai manusia hanya dapat menyelusuri mencari keindahan-keindahan yang dicipta oleh Yang Maha Bijaksana..

03 Mac, 2011

....Lamanya Tak Bertegur....

Petikan akhbar dari Metro: SUAMI saya pernah marah secara tidak sengaja kerana menegurnya bergurau dengan menyucuk di rusuk saya. Disebabkan teguran itu, suami tidak bertegur sapa dengan saya sudah melebihi tiga tahun.
Sejak setahun lalu, dia juga tidak bertegur sapa dengan anak-anak selain tidak memberi sebarang nafkah zahir dan batin kepada saya.
Namun saya tetap bersabar kerana menganggap satu dosa besar jika memohon untuk bercerai.
Seluruh keluarga saya cuba menasihatinya tetapi gagal. Dia tetap dengan pendiriannya dan sering memberi dalil daripada surah al-Quran. Suami pernah berhasrat mahu memperisterikan perempuan lain disebabkan bencikan saya
Tetapi dengan kuasa Allah hasrat itu tidak kesampaian. Saya mencuba pelbagai cara untuk berdamai. Adakah jatuh talak jika suami tidak menjalankan tanggungjawab selama tiga tahun terhadap isteri dan anak-anak
Adakah anak-anak saya berdosa kerana membenci perubahan perangainya
Saya keliru sebab saya pernah membaca isteri yang menuntut cerai daripada suami akan dimurkai Allah dan tidak akan dapat ke syurga.

 
Jawapan yang diberi....


TALAK tidak jatuh disebabkan suami tidak menjalankan tanggungjawabnya. Ini kerana suami puan tidak pernah melafazkan talak. Bagaimanapun, puan boleh mengadu kepada pihak Mahkamah Syariah untuk menfailkan cerai taklik.
Antara alasannya adalah suami tidak menjalankan tanggungjawab memberi nafkah sama ada zahir atau batin. Puan juga sudah lama bersabar dan mencuba pelbagai cara untuk memperbaiki keadaan.
Islam masih membenarkan perceraian atas sebab-sebab berkenaan. Setiap pasangan hendaklah saling bermaafan antara satu sama lain.
Ini kerana setiap manusia ada kelemahan masing-masing.
Suami dan isteri perlu memahami bahawa tidak bertegur sapa melebihi tiga hari sudah dikira seperti memutuskan tali silaturahim.
Sebenarnya kita hendaklah bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan pasangan dan anak-anak.
Allah menyifatkan pasangan yang bahagia adalah salah satu nikmat dan tanda kebesaran Allah. Ini kerana pasangan yang berumah tangga dapat saling sayang menyayangi antara satu sama lain.
Mereka berkongsi pelbagai cabaran dan rintangan dalam kehidupan. Selain itu juga generasi manusia dapat dilanjut dengan adanya kehidupan berumah tangga.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dengannya, dan dijadikan di antara kamu perasan kasih sayang. Sesungguh�nya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berfikir.” (Surah al-Rum ayat 2).









Malam Jalinan Kasih


 Sekian lamanya meninggalkan bangku sekolah, lebih kurang 23 tahun..akhirnya bertemu jua dengan rakan satu sekolah menengah seumurku yang lahir tahun 1971... tak terjangkau difikiran akan bertemu kembali....walau tak semua dapat berkumpul kembali...pertemuan di Majlis tersebut banyak meninggalkan kenangan baru yang tercipta..Pepatah ada menyebut kalau tak dipecahkan ruyung...tak akan jadinya majlis pertemuan ini... Semua ini dengan kerjasama rakan-rakan yang hebat menjayakan majlis tersebut..
 

Di Hatiku...

.
Love and Romance Comments and Graphics for MySpace, Tagged, Facebook
 Dengan sinaran kasihmu...kian terancang hidupku...tiada lagi keraguan...hanya engkaulah sesungguhnya tiada dua..melengkapi hidup kita...kau bagi diriku satu-satunya ku meminta, ku bermanja, kurindui, kukasihi, dihatiku kau abadi....mana jua kuberada ditemani cahaya cinta...

02 Mac, 2011

....Keindahan Allah...



Inilah keindahan yang tak selalu dapat kita lihat...keindahan ini perlu kita terokai...hanya di dasar lautan keindahan ini tersembunyi...sesungguhnya disini kita dapat menilai sendiri bagaimana bijaksana Allah mencipta..SubhanaAllah...Ya Allah..di mana jua pun yang Kau cipta pasti ada keindahan.....


Yang pasti sebagai makhlukMu...aku sentiasa bermuhasabah diri..yang cantik itu tak selalu dapat kita dekati..hanya kualiti diri yang pasti menjadi bekalan nanti...

Ibuku...o...ibu

Ibu
Maafku atas tangis ini
Maafku atas rasa bodoh ini
Maafku atas segala laraku untukmu
Maaf….

Ibu
Mengapa tak sedar diri ini
kalau kau selalu menyayangiku
Begitu juga pada anakmu yang lain
Apapun

Aku tak sedar
Ketika Allah selalu mencubaku
Selalu aku tak terima
Ketika kau sedikit memberiku masalah
Selalu tak ku rela

Baru kini kusadari
Bahwa dibalik semua cobaannya…
Pasti ada sebuah mimpi dan harapan

Ibu
Terima kasih atas segala peluhmu
Yang selalu menjagaku
Walau kita saling jauh

Aku selalu menyayangimu
Kini dan selamanya....

01 Mac, 2011

Wann - Jangan Tinggal Daku


Bila dua jiwa bertaut...tiada apa yang menghalang...kerna besarnya CINTA...hati...hati yg merasai...semuanya datang dari Ilahi....


Have a Great Day Comments and Graphics for MySpace, Tagged, Facebook

Happy New Year Comments and Graphics for MySpace, Tagged, Facebook