apa yg ingin anda cari:

03 Mac, 2011

....Lamanya Tak Bertegur....

Petikan akhbar dari Metro: SUAMI saya pernah marah secara tidak sengaja kerana menegurnya bergurau dengan menyucuk di rusuk saya. Disebabkan teguran itu, suami tidak bertegur sapa dengan saya sudah melebihi tiga tahun.
Sejak setahun lalu, dia juga tidak bertegur sapa dengan anak-anak selain tidak memberi sebarang nafkah zahir dan batin kepada saya.
Namun saya tetap bersabar kerana menganggap satu dosa besar jika memohon untuk bercerai.
Seluruh keluarga saya cuba menasihatinya tetapi gagal. Dia tetap dengan pendiriannya dan sering memberi dalil daripada surah al-Quran. Suami pernah berhasrat mahu memperisterikan perempuan lain disebabkan bencikan saya
Tetapi dengan kuasa Allah hasrat itu tidak kesampaian. Saya mencuba pelbagai cara untuk berdamai. Adakah jatuh talak jika suami tidak menjalankan tanggungjawab selama tiga tahun terhadap isteri dan anak-anak
Adakah anak-anak saya berdosa kerana membenci perubahan perangainya
Saya keliru sebab saya pernah membaca isteri yang menuntut cerai daripada suami akan dimurkai Allah dan tidak akan dapat ke syurga.

 
Jawapan yang diberi....


TALAK tidak jatuh disebabkan suami tidak menjalankan tanggungjawabnya. Ini kerana suami puan tidak pernah melafazkan talak. Bagaimanapun, puan boleh mengadu kepada pihak Mahkamah Syariah untuk menfailkan cerai taklik.
Antara alasannya adalah suami tidak menjalankan tanggungjawab memberi nafkah sama ada zahir atau batin. Puan juga sudah lama bersabar dan mencuba pelbagai cara untuk memperbaiki keadaan.
Islam masih membenarkan perceraian atas sebab-sebab berkenaan. Setiap pasangan hendaklah saling bermaafan antara satu sama lain.
Ini kerana setiap manusia ada kelemahan masing-masing.
Suami dan isteri perlu memahami bahawa tidak bertegur sapa melebihi tiga hari sudah dikira seperti memutuskan tali silaturahim.
Sebenarnya kita hendaklah bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan pasangan dan anak-anak.
Allah menyifatkan pasangan yang bahagia adalah salah satu nikmat dan tanda kebesaran Allah. Ini kerana pasangan yang berumah tangga dapat saling sayang menyayangi antara satu sama lain.
Mereka berkongsi pelbagai cabaran dan rintangan dalam kehidupan. Selain itu juga generasi manusia dapat dilanjut dengan adanya kehidupan berumah tangga.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dengannya, dan dijadikan di antara kamu perasan kasih sayang. Sesungguh�nya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berfikir.” (Surah al-Rum ayat 2).









Tiada ulasan:

Catat Ulasan



Have a Great Day Comments and Graphics for MySpace, Tagged, Facebook

Happy New Year Comments and Graphics for MySpace, Tagged, Facebook