apa yg ingin anda cari:

16 April, 2010

.... Petua....Dapur...

  • Melembutkan Daging ~ Kalau dibelakang rumah ada pokok betik, ambil betik yang muda dan potong dua..masukkanle dlm periuk daging yang direbus tu...kalau da tak ada betik, ambil sebatang sudu besi masukkan je dlm rebusan daging...em..cubalah...kalau tak belilah daging batang pinang je..cepat je lembut bila direbus..
  • Tersedu ~ Ini bukan menangis tapi ia keluar melalui mulut selang beberapa saat akan berbunyi...kita tidak selesa apabila ia berlaku...ok ambil lada hitam 7 biji, bawang putih 5 ulas, bawang merah yang kecil yea, pun 5 ulas dan halia sebesar ibu jari..tumbuklah lumat-lumat dan ambil airnya buat minum....atau cuba anda ambil sebarang bacaan dan bacalah bacaan dengan kelancaran tanpa henti..dalam beberapa minit...cuba...

  • Terkena Air Panas ~ Cepat-cepatle sapukan putih telur...dan biarkan putih telur tu lekang sendiri...kalau tiada telur, ada ubat gigi atau marjerin sapukan cepat..pilih je salah satu bahan tadi..ada orang guna kicap...tapi takut hitam berbekas pulak..terpulang pada anda...
  • Asap Rokok ~ Bau asap rokok memang mengganggu kita..jika anda pening kepala memikirkan bagaimana nak hilangkan bau asap rokok dirumah...senang je..letakkan hampas serbuk kopi yang sudah dipakai tau...letak je dalam satu bekas yang sederhana besar atau letak didalam astray rokok...komfem wangi..
  • Mengasah Pisau ~ Semasa mengasah tu, mata hujung yang tajam jangan dihalakan ke badan kita.
  • Mulut Berbau ~ Bahannya ada didapur, ambil 10 ulas bunga cengkih dan 3 ulas bawang putih..nak buat apa dgn bahan ni?...emm...tumbuk lumat, hah gosok pada gigi dan berkumur..lakukan 3 hari sekali...tengok hasilnya...cubalah...jangan tak cuba..murah je...
  • Nafas Berbau ~ Ini pun menggunakan bahan yang kita buat masakan iaitu hampas kelapa..goreng dulu hampas tanpa minyak dan minum air suam putih. Amalkan 3 hari
    saja tapi buat pagi dan malam..jangan malas kalau anda ada masalah....ini salah satu cara tradisional yang dapat membantu...

1 ulasan:

  1. memang pening kalau rumah berbau asap rokok, mana nak cari serbuk kopi..suami saya minum kopi segera...x ada serbuk pun...

    BalasPadam



Have a Great Day Comments and Graphics for MySpace, Tagged, Facebook

Happy New Year Comments and Graphics for MySpace, Tagged, Facebook